1STCHOICE

PLKN bermaksud Program Latihan Khidmat Negara yang dilancarkan pada tahun 2004.PLKN disertai oleh remaja berumur 17 tahun dan yang terpilih.PLKN merupakan kursus latihan yang diadakan selama 3 bulan di Pusat Latihan PLKN di seluruh malaysia.Tujuan program ini dilaksanakan ialah untuk:



  1. Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
  2. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  3. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
  4. Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
  5. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.


LOGO PLKN

Maksud logo di PLKN ialah:
  • api yang sedang membara melambangkan semangat patriotisme.
  • Bentuk api dihasilkan dengan jalur merah melambangkan 3 suku kaum utama di Malaysia bersatu padu mempertahankan negara.
  • Bentuk bulat berwarna biru menandakan perpaduan yang erat antara yang terjalin antara kaum.
  • Bentuk bulan dan bintang pula melambangkan kedaulatan negara yang harus dipertahankan oleh semua pihak.
  • Perkataan KHIDMAT NEGARA dibentuk mencakupi bentuk api tadi bagi melambangkan misi dan visi yang akan dilaksanakan.


Masalah

Antara masalah yang sangat ketara ialah peserta kursus ini dipilih secara rawak tanpa perbincangan dengan pihak sekolah / pihak berkuasa tempatan (penghulu). Ini menimbulkan kritikan kerana timbulnya beberapa kes di mana mereka yang berada dalam kategori orang kelainan upaya (OKU) turut dipanggil bagi melapor diri bagi kursus Program Latihan Khidmat Negara. Terdapat juga beberapa kes di mana peserta program dipilih dari kalangan ibu muda serta remaja miskin yang terpaksa bekerja untuk menyara hidup, sebagaimana nasib yang ditimpa oleh seorang remaja miskin, Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Perlis. Tindakan kerajaan memilih bakal pelatih tanpa mengetahui latar belakang mereka disifatkan sesetengah pihak sebagai tidak berperikemanusiaan. Selain itu beberapa pihak telah menimbulkan isu kemungkinannya berlaku masaalah keselamatan seperti kemungkinan berlakunya kes yang sangat berkemungkinan  iaitu rogol atau buli, atau salah laku seksual pada anak mereka.
Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan bahawa semua perkara tersebut telah diambil kira dan menjamin tidak akan berlaku. Selain itu, mereka yang tidak dapat hadir diminta menulis surat bagi mendapatkan penangguhan atau pengecualian daripada menghadiri Program Latihan Khidmat Negara.
Rentetan pengingkaran hadir ke PLKN, pihak berkuasa telah mengambil tindakan tegas bagi mempenjarakan mereka yang tidak hadir. Tindakan itu menerima kritikan hebat oleh beberapa pihak yang melihat hukuman yang dikenakan tidak berpadanan dengan kesalahan.
Ini kerana mereka yang dihukum penjara pastinya ditempatkan kedalam penjara bersama-sama penjenayah berat lain. Selain itu masa depan mereka juga akan hancur akibat rekod penjara mereka, dan mereka yang kurang mampu berkemungkinannya akan menerima hukuman berat akibat tidak mempunyai wang bagi mendapatkan peguam bagi membela diri. Ini adalah nasib yang di tempoh oleh AHMAD HAFIZAL AHMAD FAUZI , peserta PLKN yang pertama dipenjarakan akibat kesalahan tidak hadir bagi Program Latihan Khidmat Negara.


Kematian

Sejak PLKN diadakan pada tahun 2004 sehingga 2007, daripada 14 kematian pelatih yang dilaporkan.






Categories:

2 Responses so far.

  1. Fuck ass gov says:

    Oh ya setuju 100% , baik ambil duit tu buat lebih universiti dan kolej atau tajaan perniagaan bagi peniaga kecil atau wang tu buat isi perut pedal golongan tamak kerajaan......

  2. Tanpa Nama says:

    assalammualaikum, kepada pihak PLKN YANG BERTANGGUNGJAWAB, sy ingin memberitahu, bahawasanya saya sudah berkahwin, dan sudah mempunyai seorang cahaya mata... harus juga ke saya ke PLKN?, isteri saya jsuri rumah... ibu.bapa saya tidak suka pada isteri saya... ibu,bapa dia juga seperti tidak sukakan saya... jadi bagaimana?, jikalau saya hadir ke kem PLKN, anak,isteri saya tak dijaga... dan saya ingin menanya ada elaun ke untuk anak,dan isteri saya semasa sy berada di didalam PLKN atau apa2?, dan saya sudah habis membaca peraduan PLKN semuanya... say tidak tahu apa sebab nya diwajibkan kita ke PLKN?.... Harap Maklum... isteri saya tidak bekerja.... sanggupkah seorg ibu atau pun bapa melihat anak2 kecil terbiar, terlantar tanpa belaian orang tuanyaaa.... saya minta tolong, merayu sangat. saya tinggal di kuantan... anak kelahiran selangor...

Leave a Reply

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget