1STCHOICE

Memaparkan catatan dengan label AGAMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGAMA. Papar semua catatan




Peristiwa runtuhnya PWTC di kota New York pada tanggal “11/9/2001″ yang berada dijalan “JERF HAR”. Dalam saat ini ALLAH SWT telah mengisyaratkan sebelum 1433 tahun yang lalu yang ertinya :

MAKA APABILA BANGUNAN YANG DILANDASI ATAS KETAQWAAN DARI ALLAH DAN KERIDHAAN NISCAYA LEBIH BAIK DARI BANGUNAN YANG DIBANGUN DIATAS LERENG JURANG MAKA AKAN RUNTUH DALAM APINERAKA JAHANAM, SEKALI KALI ALLAH TIDAK AKAN MEMBERI PETUNJUK PADA KAUM YANG DHOLIM” (Surah At-Taubah ayat 109)

  • · Ayat yang ke 109 dari surat At-Taubah menunjukkan bangunan WTC terdiri dari 109 tingkat.


  • · Pada ayat ke 109 pada Surah At-Taubah tsb tertulis “Jurufin Haar” menunjukkan nama jalan di Jerf Har.


  • · Surat At-Taubah berada dalam juz ke 11 menunjukkan tanggal hari kejadian iaitu tanggal 11.


  • · Surat At-Taubah adalah urutan yang ke 9 menunjukkan bulan kejadian yaitu bulan ke 9. · 


  • Jumlah kalimat dalam surat At-Taubah dari awal sampai akhir sebanyak 2001 menunjukkan tahun kejadian yaitu tahun 2001

Ya Allah,besarnya kuasa mu.Sesungguhnya engkau lah yang maha agung lagi maha bijaksana.Engkaulah yang menguasai seluruh alam semesta ini. 
Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya.

Read More …


DOSA MENINGGALKAN SOLAT FARDHU :
1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 SIKSA DI DUNIA KEPADA ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 SIKSA KEPADA ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU KETIKA SAKARATUL MAUT:
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 SIKSA ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU KETIKA DIDALAM KUBUR :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 SIKSA ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU KETIKA BERTEMU ALLAH :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.


Semua ni aku copy yang kawan aku punya.....sembahyanglah engkau sebelum engkau disembahyangkan..

Read More …


Firman Allah SWT:

“Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud,sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukkan yang baik.” (al-Isra’:79)


Erti Solat Tahajjud:

Solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, sedikit 2 rakaatnya, 4 rakaat 6 rakaat sehingga 8 rakaat banyaknya. Selepas 2 rakaat beri salam.

Waktu dikerjakan Solat sunat Tahajjud ini sesudah waktu isyak sampai terbit fajar.

Tetapi dengan syarat barangsiapa yang ingin melakukannya perlulah tidur dahulu. Walaupun tidurnya itu sebentar sahaja. Bangun daripada tidur itu barulah boleh melakukannya.

Jika kita bangun hendak pergi kerja dalam pukul 5.00 pagi bolehlah kita melakukan Solat Sunat Tahajjud itu. Sekejap sahaja. Lakukan sebelum masukknya waktu Subuh.

Sabda Rasulullah s.a.w.: 

“Sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam.” (riwayat Muslim)
 
Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajud. Ini kerana tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hany dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud.  


Niat
 
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala


Bacaan ketika solat sunat tahajjud itu:

Pada rakaat pertama baca surah Fatihah dan Surah Al-Kafirun atau surah2 lain yang anda tahu kerana iainya tidak ditetapkan.

Dan pada rakaat kedua selepas Surah Fatihah bacalah Surah Al-Ikhlas.

Selepas selesai solat bacalah doa yang khusus jika kita tidak tahu kita bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau mintalah apa sahaja hajat atau permintaan dalam bahasa kita sendiri.

Doa Selepas Memberi Salam.

 

Fadillat atau faedah mengamalkannya:

1.  Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
2. Orang yang melakukannya termasuk dalam golongan orang yang berzikir.
3. Orang yg mengerjakannya akan diberi ganjaran syurga InsyaAllah.
4.  Solat ini juga sebagai penebus kejahatan (dosa2) yang lalu.
5. Ianya juga dapat menghindarkan dari penyakit.


Wassalam


Read More …

Assalamualaikum kepada para pembaca yang membaca blog aku ini.Hari ini kita ingin membesarkan rumah dari wang yang kita dapat dari hasil rasuah,hari ini kita ingin merebut jawatan dengan melakukan perkara yang jahat dan hari ini kita jadikan minuman arak sebagai minuman kebanggaan.Takbur,bongkak,dengki,dendam dan bakhil ialah sifat yang wujud dalam diri seorang insan yang bernama manusia.Semua itu menjadi perkara biasa dalam kehidupan yang serba canggih dan moden ini.


  Walaupun kita sedar yang kematian itu pasti menjemput kita pada suatu hari nanti kita masih alpa dengan kemewahan duniawi.Dunia yang manusia sebagai penghuni ini adalah salah satu pinjaman yang diberi oleh Allah kepada kepada hambanya tetapi kita menggunakan barang yang dipinjam dengan rakus dan tidak bersyukur sama sekali. 
                                                                                                                                                              
Firman Allah yang bermaksud "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." Surah Ali Imran ayat 185. Rasulullah SAW bersabda "Sebelum berlakunya Hari Qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"
 
 Rasullullah pernah bersabda bahawa orang yang paling cerdik ialah orang yang paling banyak ingat kepada mati dan ini bermakna orang yang paling bodoh ialah orang langsung tidak memikirkan pasal kematian




Ayat Al Quran: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan. (Al Anbiya` : 35)


Sebagai penutup kepada entri aku kali ini korang saksikanlah video pasal kematian yang mungkin boleh menginsafkan diri.


Read More …

Sebagaimana yang korang tahu otak memainkan peranan yang penting dalam kawal atur tubuh badan manusia.Otak juga digunakan untuk berfikir tapi adakah korang tahu tentang rahsia di sebalik struktur otak???Cuba korang perhatikan betul-betul kat gambar yang aku copy dari blog seorang yang agak hebat jugak lar.Ada rupa macam orang tengah sujud tak??.Ini lah kebesaran allah,kita sangkakan bahawa otak kita ialah hebat sehingga dapat mencipta sesuatu yang luar biasa seperti komputer,dapat menyelesaikan masalah dengan cepat tetapi kita jarang menyedarinya dan bersyukur dengan apa yang dia beri padahal benda yang kita agung-agungkan itu pun milik-NYA dan sedang sujud kepada-NYA.Aku menulis artikel ini untuk kita sama-sama renungkan.Di samping kita leka dengan limpahan kemewahan dunia kita perlu sentiasa ingat kepada-NYA bahkan bukan setakat perlu tapi wajib mengingatinya.Jadi setakat itulah entri aku pada malam ini.
Read More …

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget