1STCHOICE

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca yang terpaksa,dipaksa,rela atau terbaca entri aku kali ini.Hari ini aku ingin mengINFORMkan korang tentang caj perkhidmatan yang akan dinaikkan sebanyak 6% berkuatkuasa pada 15.9.2011 tapi Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta syarikat telekomunikasi agar mengkaji semula keputusan tersebut setelah mendapat banyak kritikan daripada pelbagai pihak.Antara pihak yang paling terjejas dengan kenaikkan caj perkhidmatan prabayar ini ialah golongan Orang Kelainan Upaya(OKU) dan golongan pelajar.Secara majoriti golongan pelajar ialah golongan yang paling aktif mengunakan telefon bimbit.Sebanyak 26.2 juta pengguna akan kena dikenakan cukai ini.Bagi golongan Orang Kelainan Upaya(OKU) pula terutamanya yang bisu dan pekak juga perlu diberi perhatian kerana mereka menggunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi dengan orang ramai.Secara tidak langsung perkara ini akan membebankan mereka.Jadi secara peribadi aku berpendapat adalah sangat wajar untuk caj perkhidmatan dikaji semula dan tidak dinaikan.Ok lah aku pun dah mengantuk ni jadi aku akhiri entri aku dengan ucapan sekian.
Read More …




Peristiwa runtuhnya PWTC di kota New York pada tanggal “11/9/2001″ yang berada dijalan “JERF HAR”. Dalam saat ini ALLAH SWT telah mengisyaratkan sebelum 1433 tahun yang lalu yang ertinya :

MAKA APABILA BANGUNAN YANG DILANDASI ATAS KETAQWAAN DARI ALLAH DAN KERIDHAAN NISCAYA LEBIH BAIK DARI BANGUNAN YANG DIBANGUN DIATAS LERENG JURANG MAKA AKAN RUNTUH DALAM APINERAKA JAHANAM, SEKALI KALI ALLAH TIDAK AKAN MEMBERI PETUNJUK PADA KAUM YANG DHOLIM” (Surah At-Taubah ayat 109)

  • · Ayat yang ke 109 dari surat At-Taubah menunjukkan bangunan WTC terdiri dari 109 tingkat.


  • · Pada ayat ke 109 pada Surah At-Taubah tsb tertulis “Jurufin Haar” menunjukkan nama jalan di Jerf Har.


  • · Surat At-Taubah berada dalam juz ke 11 menunjukkan tanggal hari kejadian iaitu tanggal 11.


  • · Surat At-Taubah adalah urutan yang ke 9 menunjukkan bulan kejadian yaitu bulan ke 9. · 


  • Jumlah kalimat dalam surat At-Taubah dari awal sampai akhir sebanyak 2001 menunjukkan tahun kejadian yaitu tahun 2001

Ya Allah,besarnya kuasa mu.Sesungguhnya engkau lah yang maha agung lagi maha bijaksana.Engkaulah yang menguasai seluruh alam semesta ini. 
Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya.

Read More …


DOSA MENINGGALKAN SOLAT FARDHU :
1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 SIKSA DI DUNIA KEPADA ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 SIKSA KEPADA ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU KETIKA SAKARATUL MAUT:
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 SIKSA ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU KETIKA DIDALAM KUBUR :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 SIKSA ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU KETIKA BERTEMU ALLAH :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.


Semua ni aku copy yang kawan aku punya.....sembahyanglah engkau sebelum engkau disembahyangkan..

Read More …


Firman Allah SWT:

“Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud,sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukkan yang baik.” (al-Isra’:79)


Erti Solat Tahajjud:

Solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, sedikit 2 rakaatnya, 4 rakaat 6 rakaat sehingga 8 rakaat banyaknya. Selepas 2 rakaat beri salam.

Waktu dikerjakan Solat sunat Tahajjud ini sesudah waktu isyak sampai terbit fajar.

Tetapi dengan syarat barangsiapa yang ingin melakukannya perlulah tidur dahulu. Walaupun tidurnya itu sebentar sahaja. Bangun daripada tidur itu barulah boleh melakukannya.

Jika kita bangun hendak pergi kerja dalam pukul 5.00 pagi bolehlah kita melakukan Solat Sunat Tahajjud itu. Sekejap sahaja. Lakukan sebelum masukknya waktu Subuh.

Sabda Rasulullah s.a.w.: 

“Sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam.” (riwayat Muslim)
 
Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajud. Ini kerana tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hany dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud.  


Niat
 
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala


Bacaan ketika solat sunat tahajjud itu:

Pada rakaat pertama baca surah Fatihah dan Surah Al-Kafirun atau surah2 lain yang anda tahu kerana iainya tidak ditetapkan.

Dan pada rakaat kedua selepas Surah Fatihah bacalah Surah Al-Ikhlas.

Selepas selesai solat bacalah doa yang khusus jika kita tidak tahu kita bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau mintalah apa sahaja hajat atau permintaan dalam bahasa kita sendiri.

Doa Selepas Memberi Salam.

 

Fadillat atau faedah mengamalkannya:

1.  Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
2. Orang yang melakukannya termasuk dalam golongan orang yang berzikir.
3. Orang yg mengerjakannya akan diberi ganjaran syurga InsyaAllah.
4.  Solat ini juga sebagai penebus kejahatan (dosa2) yang lalu.
5. Ianya juga dapat menghindarkan dari penyakit.


Wassalam


Read More …

                                                                
papan tanda yang menunjukkan bahawa orang sedang menggali kubur di hadapan


hanya ninja yang mempunyai lesen sahaja yang dibenarkan masuk

                                                               
cam sial jer aku tengok gambar kat atas


puas aku round satu malaysia tapi tak jumpa nama tempat ni...





                                                                                                     





















agak2nyer siapa yang paling shit buat kerja ni????                                                    



woii dalam sehari ada 24 jam jew...

                                                                         

bodoh betul ...
Read More …


Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

Read More …

PLKN bermaksud Program Latihan Khidmat Negara yang dilancarkan pada tahun 2004.PLKN disertai oleh remaja berumur 17 tahun dan yang terpilih.PLKN merupakan kursus latihan yang diadakan selama 3 bulan di Pusat Latihan PLKN di seluruh malaysia.Tujuan program ini dilaksanakan ialah untuk:



  1. Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
  2. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  3. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
  4. Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
  5. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.


LOGO PLKN

Maksud logo di PLKN ialah:
  • api yang sedang membara melambangkan semangat patriotisme.
  • Bentuk api dihasilkan dengan jalur merah melambangkan 3 suku kaum utama di Malaysia bersatu padu mempertahankan negara.
  • Bentuk bulat berwarna biru menandakan perpaduan yang erat antara yang terjalin antara kaum.
  • Bentuk bulan dan bintang pula melambangkan kedaulatan negara yang harus dipertahankan oleh semua pihak.
  • Perkataan KHIDMAT NEGARA dibentuk mencakupi bentuk api tadi bagi melambangkan misi dan visi yang akan dilaksanakan.


Masalah

Antara masalah yang sangat ketara ialah peserta kursus ini dipilih secara rawak tanpa perbincangan dengan pihak sekolah / pihak berkuasa tempatan (penghulu). Ini menimbulkan kritikan kerana timbulnya beberapa kes di mana mereka yang berada dalam kategori orang kelainan upaya (OKU) turut dipanggil bagi melapor diri bagi kursus Program Latihan Khidmat Negara. Terdapat juga beberapa kes di mana peserta program dipilih dari kalangan ibu muda serta remaja miskin yang terpaksa bekerja untuk menyara hidup, sebagaimana nasib yang ditimpa oleh seorang remaja miskin, Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Perlis. Tindakan kerajaan memilih bakal pelatih tanpa mengetahui latar belakang mereka disifatkan sesetengah pihak sebagai tidak berperikemanusiaan. Selain itu beberapa pihak telah menimbulkan isu kemungkinannya berlaku masaalah keselamatan seperti kemungkinan berlakunya kes yang sangat berkemungkinan  iaitu rogol atau buli, atau salah laku seksual pada anak mereka.
Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan bahawa semua perkara tersebut telah diambil kira dan menjamin tidak akan berlaku. Selain itu, mereka yang tidak dapat hadir diminta menulis surat bagi mendapatkan penangguhan atau pengecualian daripada menghadiri Program Latihan Khidmat Negara.
Rentetan pengingkaran hadir ke PLKN, pihak berkuasa telah mengambil tindakan tegas bagi mempenjarakan mereka yang tidak hadir. Tindakan itu menerima kritikan hebat oleh beberapa pihak yang melihat hukuman yang dikenakan tidak berpadanan dengan kesalahan.
Ini kerana mereka yang dihukum penjara pastinya ditempatkan kedalam penjara bersama-sama penjenayah berat lain. Selain itu masa depan mereka juga akan hancur akibat rekod penjara mereka, dan mereka yang kurang mampu berkemungkinannya akan menerima hukuman berat akibat tidak mempunyai wang bagi mendapatkan peguam bagi membela diri. Ini adalah nasib yang di tempoh oleh AHMAD HAFIZAL AHMAD FAUZI , peserta PLKN yang pertama dipenjarakan akibat kesalahan tidak hadir bagi Program Latihan Khidmat Negara.


Kematian

Sejak PLKN diadakan pada tahun 2004 sehingga 2007, daripada 14 kematian pelatih yang dilaporkan.






Read More …

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget